Punca Kereta Hilang Daya Pecutan | | | |
| |
SETIAP kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi kepada masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya. Biasanya, kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer. Harus diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.
KEROSAKAN pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta. Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan. Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah. Penapis udara tersumbat KEMUDIAN anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera. Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat. PENGGUNA kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila berhadapan dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan. Minta bantuan mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup. |