Technologist
Di Laman Ini Laman Lain

Jentera Terpantas Bugatti Veyron







Bugatti Veyron yang Menakjubkan.












Buggatti veyron merupakan sebuah kereta sport keluaran anak syarikat Volkswagen iaitu buggatti.Kereta ini adalah kereta yang terpantas di dunia dengan kelajuan 407kmh.Kereta ini juga memegang rekod pecutan dan nyah pecutan paling laju dalam dunia. Kereta ini menggunakan sebuah enjin W16 8.0 liter beserta dengan 4 set turbo. Enjin ini dikatakan berupaya menghasilkan kira-kira 1000bhp.


Enjin ini dapat menggerakkan kereta ini dari 0-100 km/j dalam masa 2.46 saat. Walaupun kereta ini laju, tetapi kekuatan brek kereta ini sangat menakjubkan.Brek kereta ini dapat menghentikan kereta ini dari 400kmh ke 0kmh dalam masa kurang daripada 10saat.
Ini adalah kerana kereta ini dilengkapi dengan Hydraulic spoiler yang berfungsi apabila pedal brek ditekan pada kelajuan lebih daripada 200kmh.


Kepada sesiapa yang berminat untuk beli kereta ini, harganya adalah lebih kurang USD1.5juta kira-kira RM5 juta malaysia (tanpa tax) dan hanya lebih kurang 300 akan dibina.
 

The Skills Technologist

Laman The Skills Technologist ini dibangunkan bagi berkongsi maklumat mengenai segala teknologi dari kejuruteraan hinggalah ke teknologi pengurusan kewangan. Ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari sumber rujukan untuk pelbagai tugasan, pengurusan kewangan, teknologi kejuruteraan dan banyak lagi. Sebagai seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Penerbangan dan berkecimpung dalam bidang Kemahiran Malaysia Tahap 4, saya menulis da laman ini sekadar berkongsi idea. Semoga ianya dapat membantu. Harap Maklum. .