Pengenalan Skills Malaysia.
SkillsMalaysia merupakan proses penjenamaan
baru yang menjadi simbolik inovasi kepada latihan kemahiran bagi melambangkan
jangkauan kemahiran ke aras paling cemerlang dan pencapaian terbilang nasil
daripda kesatuan aspirasi bangsa dan negara dengan berpaksikan misi latihan
kemahiran dalam kalimat SkillsMalaysia.
Selaras dengan keperluan RMKe-10, iaitu
Mengarusperdana Latihan Kemahiran, jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh
YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai
salah satu daripada 19 aktiviti Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah EPP
5 Kempen Kesedaran SkillsMalaysia 2011 peringkat kebangsaan dimana Negara
memerlukan 40% pekerja mahir bagi memastikan Malaysia menjadi Negara maju pada
tahun 2020. Maka objektif SkillsMalaysia diwujudkan agar dapat meningkatkan
kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang latihan kemahiran dan
seterusnya menjana ekonomi Negara berpendapatan tinggi akan tercapai.
SkillsMalaysia turut mengambil inesiatif
dengan menggalas tanggungjawab menyelaras lima (5) pertandingan kemahiran di
peringkat nasional dan antarabangsa. Pertandingan seumpama ini adalah salah
satu kaedah inovasi bagi menarik minat para belia negara agar Iebih berminat
dan memperbaiki persepsi menghargai kemahiran. Lima (5) aktiviti pertandingan
tersebut ialah dua (2) di Peringkat Kebangsaan dan tiga (3) di peringkat
antarabangsa, iaitu pertandingan kemahiran MySkills, MySkills-ASEAN,
Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM), Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) dan
Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC).