Technologist
Di Laman Ini Laman Lain



Dari Pengarang



Semasa saya berada di semester 5 (2011) ketika menuntut di  UiTM Pulau Pinang dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, saya hilang tumpuan dan fokus terhadap apa yang dipelajari selama lebih 2 tahun. Segala yang dipelajari adalah berbentuk teori dan pengiraan semata-mata dan ini membuatkan saya hilang minat dalam bidang kejuruteraan. Memburukkan lagi apabila saya gagal dalam beberapa subjek teras kejuruteraan seperti Thermodynamics dan Calculus II. Di penghujung pengajian di universiti, saya menyedari yang saya bukan jenis orang yang sesuai menjadi seorang jurutera mahupun siswazah, tetapi sesuai menjadi pekerja yang berkemahiran.  Ketika rakan-rakan sibuk  pergi ke kuliah, saya pula sibuk memikirkan alternatif untuk bekerja.

       Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, untuk menjadi seorang jurutera mahupun siswazah bukannya mudah. Ada pelajar yang mempelajari ilmu kejuruteraan tetapi gagal mempraktikkannya. Mereka hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan. Boleh diumpamakan seperti pohon subur yang rendang tetapi tidak berbuah. Minat dalam penulisan artikel dan kerja-kerja kemahiran adalah adalah hobi dan sesuatu yang susah untuk dipisahkan dengan diri saya. Akhirnya saya sendiri membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian di universiti dan pulang dengan kekecewaan.

       Namun demikian, minat dalam dunia kejuruteraan tidak pernah padam. Lalu pada 4 Julai 2011, saya meneruskan pengajian di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam dalam bidang Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang selama 3 tahun. Saya melakukan banyak pemerhatian, kajian dan penulisan mengenai teknologi-teknologi penerbangan pada masa sekarang. Apa yang pernah dipelajari di universiti dahulu kini dipelajari semula tetapi dalam bentuk praktikal dan visual menjadikan  saya lebih mudah dan cepat faham berbanding semasa menuntut di kampus dulu. Inilah yang mendorong saya untuk menghasilkan penulisan ini dan pada masa yang sama sebagai jurnal kumpulan pertama graduan dalam Program K13, Diploma Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan ADTEC Shah Alam.
 

The Skills Technologist

Laman The Skills Technologist ini dibangunkan bagi berkongsi maklumat mengenai segala teknologi dari kejuruteraan hinggalah ke teknologi pengurusan kewangan. Ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari sumber rujukan untuk pelbagai tugasan, pengurusan kewangan, teknologi kejuruteraan dan banyak lagi. Sebagai seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Penerbangan dan berkecimpung dalam bidang Kemahiran Malaysia Tahap 4, saya menulis da laman ini sekadar berkongsi idea. Semoga ianya dapat membantu. Harap Maklum. .