Dari Pengarang
Semasa saya berada di semester
5 (2011) ketika menuntut di UiTM Pulau
Pinang dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, saya hilang tumpuan dan fokus
terhadap apa yang dipelajari selama lebih 2 tahun. Segala yang dipelajari
adalah berbentuk teori dan pengiraan semata-mata dan ini membuatkan saya hilang
minat dalam bidang kejuruteraan. Memburukkan lagi apabila saya gagal dalam
beberapa subjek teras kejuruteraan seperti Thermodynamics dan Calculus II. Di
penghujung pengajian di universiti, saya menyedari yang saya bukan jenis orang
yang sesuai menjadi seorang jurutera mahupun siswazah, tetapi sesuai menjadi pekerja
yang berkemahiran. Ketika rakan-rakan
sibuk pergi ke kuliah, saya pula sibuk memikirkan
alternatif untuk bekerja.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, untuk menjadi
seorang jurutera mahupun siswazah bukannya mudah. Ada pelajar yang mempelajari
ilmu kejuruteraan tetapi gagal mempraktikkannya. Mereka hanya belajar untuk
lulus dalam peperiksaan. Boleh diumpamakan seperti pohon subur yang rendang
tetapi tidak berbuah. Minat dalam penulisan artikel dan kerja-kerja kemahiran
adalah adalah hobi dan sesuatu yang susah untuk dipisahkan dengan diri saya. Akhirnya
saya sendiri membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian di universiti
dan pulang dengan kekecewaan.

