Technologist
Di Laman Ini Laman Lain

Formula 1 Dan Sejarahnya

Sejarah Formula 1


Pada tahun 1887, suatu uji pandu kenderaan telah dirancang untuk diadakan di bandar Paris. Uji pandu itu dianjurkan

oleh "Le Velocipede". Namun ia terpaksa dibatalkan kerana hanya seorang pesaing sahaja yang hadir pada hari ia

diadakan. Seterusnya, pada tahun 1894, suatu acara untuk mengenalpasti boleh tidaknya diharap kenderaan bermotor

pula diadakan di Paris. Acara itu telah dianjurkan oleh sebuah akhbar harian yang dikenali sebagai "Le Petite Journal".


( Pada akhir abad ke 19 memang tidak wujud kenderaan canggih seperti hari ini ). Pada masa itu, kuda masih menjadi

corak pengangkutan utama dan usaha-usaha ke arah penciptaan kenderaan bermotor masih berada di peringkat awal.

Pelbagai pertandingan telah mula diadakan untuk mengenalpasti boleh tidaknya diharap kenderaan bermotor yang baru

dicipta itu.


21 pesaing dalam kenderaan bermotor telah mengambil bahagian di dalam acara yang diadakan pada 22 Julai 1894

itu. Perjalanannya merangkumi 126km. Orang pertama sampai di garisan tamat itu ialah pelumba yang bernama

Count de Dion.



Kenderaan yang dinaikinya ialah traktor berstim. Malangnya para hakim berpendapat kenderaan

yang dinaiki oleh peserta itu tidaklah begitu praktikal untuk digunakan di jalanraya. Sebaliknya para hakim telah

memilih kenderaan ke 2 dan ke 3 sebagai pemenang bersama acara ini. Kenderaan tersebut ialah berjenama

Peugeot dan Panhard-Levassor. Purata kelajuan kereta pemenang-pemenang di acara ini ialah 17 km/jam!!!

Panhard-Levassor

Pada tahun 1895, satu lagi acara perlumbaan kereta telah diadakan. Perlumbaan itu bermula di bandar Paris dan

berakhir di bandar Bordeaux. Ia dimenangi oleh pelumba bernama Emile Levassor. Beliau menaiki kereta jenama

Panhard - Levassor 2 silinder yang mempunyai brek kuasa kuda 4 bhp. Beliau memandu kereta itu tanpa henti

selama 48 jam dan 48 minit. Keretanya hanya mempunyai 1 tempat duduk sahaja. Salah satu peraturan pertandingan

itu menetapkan bahawa semua kereta yang mengambil bahagian di dalam acara ini mesti mempunyai 4 tempat duduk.

Peraturan itu telah mengakibatkan Emile Levassor kehilangan hadiah pertama berjumlah 31000 francs.

1894 PEUGEOT VIS-A-VIS 2 hp


Satu lagi perkara yang menarik perhatian orang ramai di acara itu ialah kereta Peugeot yang dipandu oleh Andre

Michelin. Keretanya telah dipasang dengan tayar pneumatik. Kereta-kereta lain pada ketika itu dipasang tayar

besi atau tayar getah pepejal sahaja. Ini ialah satu inovasi yang memeranjatkan semua.



Perkembangan Baru

Tahun-tahun berikutnya telah menyaksikan pelbagai perubahan dari segi peningkatan kelajuan kereta-kereta

perlumbaan. Enjin kereta juga diubahsuai. Tujuh dan lapan liter enjin telah diperkenalkan. Walaupun begitu,

perkembangan canggih di bidang rekabentuk besi, brek dan tayar agak lembap sehingga tahun 1901.


Pada tahun itu kereta jenama Mercedes mengeluarkan keretanya yang berkuasa 35 kuasa kuda. Kereta

itu lebih canggih bila dibandingkan dengan kereta-kereta lain pada ketika itu. Ia merupakan kereta lumba

pertama yang menjadi rebutan para pesaing kereta lumba. Pada tahun-tahun berikutnya setiap kereta lumba

utama telah menyumbang ke arah kemajuan rekabentuk automobil.


Pada tahun 1900, Gordon Bennett, pemilik akhbar New York Herald, telah menganjurkan lumba kereta

bersiri di Amerika Syarikat. Setiap negara menghantar 3 buah kereta yang dipilih oleh kelab automobil

kebangsaan masing-masing.


Gordon Bennett


Pada masa itu kereta-kereta lumba boleh memecut dengan kelajuan 100 batu/jam. Acara-acara lumba

kereta ini pula diadakan di jalanraya terbuka. Ini seringkali mengakibatkan nahas jalanraya terbuka.

Ini seringkali mengakibatkan nahas jalanraya dan adakalanya penonton-penonton yang menjadi

mangsa.


Grand Prix Pertama

Pada tahun 1906, Perancis telah menganjurkan Grand Prix yang pertama di dunia berdekatan dengan

Le Mans. Acara Grand Prix ini telah menyaksikan 32 buah kereta lumba mengambil bahagian di laluan

sepanjang 64 batu. Lumba kereta 12 pusingan ini telah diadakan selama 2 hari. Pemenangnya ialah

seorang rakyat Hungary bernama Ferenc Szisz yang memandu kereta Renault 90 kuasa kuda.



Ferenc Szisz


Keretanya di pasang dengan rim pasang tanggal buatan Michelin yang membolehkannya menukar

tayar dalam 2 atau 3 minit sahaja. Sebelum ini ia mengambil masa 15 minit untuk menukar tayar.

Andre Michelin


Itali juga telah menganjurkan satu acara lumba kereta pada tahun 1906. Seorang jutawan negara itu

yang bernama Vicenzo Florio telah menjadi pelopor acara itu. Ini diikuti 2 tahun kemudian, oleh

Jerman yang juga telah menganjurkan lumba keretanya untuk kali pertama. Acara itu dikenali

sebagai Kaiserpreis. Ia dimenangi oleh Nazzaro yang memandu kereta Fiat.


Sementara Perancis, Itali dan Jerman mempelopori lumba kereta, di Britain keadaannya agak

berlainan. Negara itu mengharamkan lumba kereta di jalanraya awam. Pemandu kereta lumba

Britain terpaksa ke Ireland atau menyeberang ke Perancis untuk mengambil bahagian di

dalam acara lumba kereta. Untuk mengatasi masalah ini beberapa jutawan negara itu yang

diketuai oleh Hugh F. Locke-King membuat keputusan untuk membina litar lumba kereta

di tanah persendirian di Surrey. Litar itu telah siap dibina pada tahun 1907. Usaha ini

mendapat sambutan baik di Britain.

Hugh F. Locke-King


Sementara itu, di Eropah, perlumbaan kereta masih diadakan di jalanraya awam yang

ditutup. Ini sangat membahayakan kerana tiada kawalan ke atas penonton yang memban-

jiri tempat-tempat perlumbaan. Penonton yang menonton acara ini juga tidak boleh dikenakan

yuran masuk dan ini merugikan para penganjur acara ini.


Semua ini telah berubah pada tahun-tahun 1920-an. Pada tahun 1922 Itali telah membina litar

lumba keretanya yang dikenali sebagai Autodromo Monza. Pada tahun 1925 pula Perancis

membina litar lumba keretanya di Miramas berdekatan dengan bandar Marseilles. Pada tahun

itu juga Kejohanan Sedunia Lumba Kereta yang pertama telah diadakan. Grand Prix Perancis,

Itali, Belgium dan Indianapolis 500 (dari Amerika Syarikat) telah mengambil bahagian di dalam

kejohanan itu.

Monza_1934_bridge.jpg 34 image by Starcowboy


Jenama Alfa Romeo telah memenangi acara perlumbaan itu. Lumba kereta pada ketika itu bukanlah

pertandingan di kalangan para pemandu, malah ia merupakan persaingan sengit di antara para

pengeluar kereta untuk membuktikan kehebatan kereta masing-masing. Ini menjadi punca utama

mengapa perlumbaan Grand Prix telah dihentikan selama hampir satu dekad. Pengeluar-pengeluar

kereta mendapati kos menganjurkan Grand Prix tidak berbaloi.

1923MonzasquadraAlfa.jpg AR 1923 image by Starcowboy

Keputusan pengeluar-pengeluar kereta itu tidak menjejaskan motivasi para pelumba kereta. Sebalik-

nya mereka terus mengambil bahagian di dalam pertandingan lumba kereta sebagai individu. Ada

juga yang telah bersepakat dengan pengeluar kereta lumba seperti Alfa Romeo, Maserati dan Bugati.

Pada tahun 1930, Alfa Romeo telah membuat keputusan untuk mendapatkan kepakaran sebuah

syarikat khususnya untuk mengendalikan pengeluaran kereta lumbanya. Syarikat itu dikenali sebagai

Scuderia Ferrari dan ia diuruskan oleh Enzo Ferrari.


Pada tahun 1934, Persatuan Lumba Kereta yang digelar Internationale des Automobile

Clubs Reconnus (AIACR) telah mengumumkan satu formula baru lumba kereta. Ia

menghadkan berat kereta kepada 750kg (tanpa mengira berat pemandu dan berat

kandungan minyak). Jarak perlumbaan Grand Prix ditetapkan pada minima 500km.

Pada masa inilah Dr. Ferdinand Porshe telah memperkenalkan kereta buatannya untuk

mengambil bahagian di dalam Grand Prix ini.


Negara Jerman yang dipimpin oleh Adolf Hitler pada ketika itu telah menaja 2 pasukan

untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Pasukan-pasukan tersebut yang dikenali

sebagai Mercedes dan Auto Union telah diberi peruntukan sebanyak Reichmarks 450

ribu setiap tahun beserta dengan bonus jika memenangi mana-mana acara.


Wang peruntukan itu tidak mencukupi langsung. Pada masa itu ia dianggarkan syarikat

Mercedes sahaja memerlukan Reichmarks 4 juta setiap tahun untuk membantunya di

dalam usaha lumba kereta. Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua pasukan

itu berjaya mencipta kereta lumba paling canggih ketika itu. Ketua perekabentuk Mercedes,

Dr. Hans Nibel telah merekabentuk sebuah kereta yang begitu unik.


Pasukan Auto Union ialah gabungan 4 buah syarikat, iaitu; Horch, Audi, Wanderer dan DKW.

Pasukan ini memilih satu konsep yang begitu radikal untuk mengeluarkan kereta lumbanya. Ia

dicipta oleh Dr. Ferdinand Porshe. Beliau meletakkan enjin kereta ini dibahagian tengah dan

tempat duduk pemandu di bahagian hadapan sekali. Ia dipasang enjin supercharge V16 4.4

liter. Formula minyak yang diisi ke dalam kereta ini begitu rahsia. Asap yang dikeluarkan oleh

kereta ini begitu kuat sekali sehingga penonton mengadu muntah-muntah dan sakit kepala!


Sejurus sebelum perlumbaan formula baru bermula, ia didapati bahawa berat kereta lumba

Mercedes melebihi had berat sebanyak 1 kg. Cat kereta terbabit dikikis agar ia menepati

had berat kereta. Apabila catnya dikikis, yang kelihatan cumalah aluminium kereta yang

berkilat. Ia menandakan permulaan lagenda kereta lumba Silver Arrows.


Grand Prix Jerman 1935

Pada tahun 1935, Grand Prix Jerman telah diadakan. Lebihkurang 300 ribu penonton serta

para pegawai Nazi dan ketua mereka, Adolf Hitler berada di tempat perlumbaan. Pasukan

Mercedes dan Auto Union mengambil bahagian dalam acara Grand Prix itu. Selain kedua-

dua pasukan itu, kereta Alfa P.3 juga telah mengambil bahagian di dalam acara itu. Kereta

Alfa P.3 itu telah dipandu oleh Tazio Nuvolari dari Itali. Kereta Alfa P.3 tidaklah setanding

dengan kereta-kereta lumba yang dipandu oleh pasukan Mercedes dan Auto Union. Namun,

Nuvolari ialah seorang pemandu yang hebat dan telah memenangi acara Grand Prix itu.

Beliau telah menghadapi pelbagai halangan sebelum memenangi acara itu.


Selepas Perang Dunia Kedua.

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda di seluruh Eropah.

Ini termasuk industri automobil yang mengalami kerosakan teruk. Semasa perang meletus,

pertandingan lumba kereta tidak diadakan. Ia disambung semula pada bulan September

1945. Negara Jerman telah dilarang dari perlumbaan itu. Para pemenang acara itu ialah

Amedee Gordini, Henry Louveau dan Jean-Pierre Wimille. Kereta yang dipandu oleh Gordini

dibina dari saki baki peralatan yang digunakan untuk peperangan. Louveau pula memandu

kereta jenis Maserati sementara Wilmille menggunakan kereta jenis Bugati.


Selain itu, tiada kereta canggih yang mengambil bahagian di dalam acara perlumbaan

itu. Di seluruh Eropah ke semua kereta-kereta lumba telah hangus di dalam peperangan

itu. Hanya beberapa buah kereta jenis 158 yang terselamat kerana disembunyikan di

dalam kilang membuat keju!


Pada tahun 1946, hanya empat acara lumba kereta yang setanding dengan Grand Prix telah

dianjurkan. Tahun itu juga menyaksikan penubuhan persatuan yang digelar The Federationale

Internationale d'Automobiles (FIA). Persatuan itu diberi tanggungjawab untuk menganjurkan

lumba kereta di peringkat antarabangsa. satu peraturan baru juga telah digubal pada tahun 1947

yang membenarkan kereta jenis 1.5 liter supercharged dan 4.5 liter unsupercharged untuk me-

ngambil bahagian di dalam acara lumba kereta.


Pada tahun itu kereta jenis Alfa Romeo telah memenangi ke semua acara yang diadakan. Ferrari

yang telah bekerjasama dengan Alfa Romeo telah berpisah dengan syarikat itu pada tahun 1948.

Enzo Ferrari telah membuat keputusan untuk berlumba secara berasingan. Beliau telah memberi

jaminan bahawa keretanya tidak akan berlumba menentang Alfa Romeo untuk empat tahun

berikutnya. Perpisahan Ferrari dengan Alfa Romeo telah menjejaskan prestasi Alfa Romeo.


Pada tahun 1949 Alfa Romeo membuat keputusan untuk menarik diri dari acara lumba

kereta kerana masalah kewangan. Tanpa Alfa Romeo, persaingan terbuka wujud di antara

kereta jenis Maserati, Ferrari dan Talbot.

Kejohanan Sedunia.

Lumba kereta maju setapak lagi dengan pengenalan Kejohanan Sedunia pada tahun 1950.

Keputusan perlumbaan itu bergantung kepada prestasi pelumba di tujuh Grand Prix. Tujuh

Grand Prix itu diadakan di Britain, Switzerland, Monaco, Belgium, Perancis, Itali dan

Indianapolis 500 (Amerika Syarikat). Alfa Romeo membuat keputusan untuk mengambil

bahagian dalam kejohanan itu. Namun ia tidak menonjolkan muka baru sebagai pemandu

kereta. Ia dianggotai oleh pemandu-pemandu lama seperti Giuseppe Farina dan Luigi Fagioli.

Acara Grand Prix itu dimenangi oleh Farina.


Silver Arrow Kembali.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat dan larangan ke atas lumba kereta Jerman ditarik balik,

kereta lumba Jerman mula membuat persiapan untuk mengambil bahagian di dalam acara

lumba kereta. Mercedes mula cuba membaikpulih kereta-kereta lumbanya yang telah rosak

teruk akibat perang. Ia juga cuba mengubahsuai kereta penumpang untuk mengambil bahagian

di dalam lumba kereta. Hasilnya tidaklah begitu memuaskan. Pada tahun 1954 Mercedes

mengeluarkan kereta lumba yang lebih canggih dan baru.


Nuvolari - Pelumba Handal.

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, para pelumba kereta lumba mula kembali ke litar satu

persatu. Perlumbaan kereta Mille Miglia yang diadakan pada tahun 1947 menyaksikan pelumba-

pelumba kereta yang kebanyakannya berbangsa Itali. Pelumba kereta Nuvolari ketika itu ber-

umur 55 tahun. Beliau memandu kereta jenis Cisitalia. Semasa mendahului pelumba-pelumba

lain, keretanya menghadapi masalah elektrik. Setelah ia diperbaiki, Nuvolari mula memasuki

pertandingan. Masalah keretanya itu menyebabkan beliau hanya mendapat tempat kedua.


Pada tahun berikutnya beliau memandu kereta Ferrari di acara yang sama. Pada masa itu

Nuvolari agak tenat. Dia selalu batuk-batuk dan ludahnya bercampur darah. Namun dia

memandu dengan begitu laju sehingga dapat mengatasi pasangannya sendiri di perlumbaan itu.

Kelajuannya begitu kuat sehinggakan bahagian keretanya yang dipandu mula tanggal satu

persatu.


Tazio Nuvolari

Pada suatu ketika, tempat duduknya pemandu juga jatuh. Tempat duduk itu digantikan

dengan seguni buah oren dan beliau meneruskan perjalanannya. Beliau menyedari yang

detik-detik hidupnya hampir tiba dan inilah peluangnya terakhir dirinya untuk menang di

dalam acara lumba kereta yang telah sebati dengan dirinya.


Apabila Nuvolari tiba di pekan Maranello, dia kelihatan begitu tenat sehingga pemilik

Ferrari, Enzo Ferrari merayu agar dia berhenti. Ada yang berpendapat Nuvolari ingin

membunuh diri memandu keretanya. Akhirnya, brek kereta Nuvolari tidak berfungsi dan

ini telah menamatkan perlumbaannya.


Pada masa itu, Nuvolari telah berada di tempat pertama di dalam perlumbaan itu. Dia

terpaksa diangkut ke hospital dan lima tahun kemudian, beliau meninggal dunia di

katilnya. Para pengkritik lumba kereta sependapat bahawa di dunia ini tidak pernah

menyaksikan seorang pelumba kereta sehandal Nuvolari sehinggalah ke hari ini.


Sumber : www.ddavid.com/formula1


 

The Skills Technologist

Laman The Skills Technologist ini dibangunkan bagi berkongsi maklumat mengenai segala teknologi dari kejuruteraan hinggalah ke teknologi pengurusan kewangan. Ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari sumber rujukan untuk pelbagai tugasan, pengurusan kewangan, teknologi kejuruteraan dan banyak lagi. Sebagai seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Penerbangan dan berkecimpung dalam bidang Kemahiran Malaysia Tahap 4, saya menulis da laman ini sekadar berkongsi idea. Semoga ianya dapat membantu. Harap Maklum. .