Technologist
Di Laman Ini Laman Lain

Kenali Asas Sukan Drift








Keiichi tsuchiya Di awal Pembabitannya















Drifting merujuk kepada teknik pemanduan dan sukan permotoran dimana pemandu melakukan kawalan terhadap kenderaan dengan sengaja menyebabkan kenderaan hilang daya terhadap cengkaman (traction) pada bahagian tayar belakang ketika kereta meluncur dan ketika kereta membelok pada masa yang sama mengawal kelajuan kereta. Kereta akan meluncur (being in a drift) apabila sudut gelincir tayar belakang lebih besar dari sudut gelincir tayar depan, dan pada masa yang sama tayar depan menghala kearah bertentangan dan pemandu menjadi orang tengah ketika mengawal kereta.

Sukan drift moden yang dilalui pada hari ini diasaskan oleh perlumbaan kereta terkenal All Japan Touring Car Championship 30 tahun yang lalu. Ianya bermula apabila seorang lagenda sukan motosikan bertukar bidang kepada sukan lumba kereta , Kunimitsu Takahashi adalah perintis dalam teknik sukan drift pada 1970an. Dan kemudiannya diikuti dengan Keiichi Tsuchiya (Dikenali sebagai Dorikin/Drift King). Pada tahun 1987, sebuah syarikat penyiaran jepun telah bersetuju menghasilkan video dikenali sebagai Pluspy, menjadi inspirasi dan perintis lantas menghasilkan ramai golongan dalam bidang tersebut pada hari ini. Akhirnya, pada tahun 1988, tertubuhnya organisasi yang mengendalikan sukan ini yang dikenali hingga hari ini iaitu D1 Grand Prix


Sukan Drift hari ini di perkenalkan oleh Keiichi Tsuchiya iaitu penggiat sukan Drift termasyur dunia dan sekarang dia telah di lantik menjadi ketua pengadil tidak kira di mana jua pertandingan Drift di adakan.Sukan ini mula mendapat sambutan ramai pada tahun 2002 dan didominasi di negara matahari terbit. Dan pada hari ini sukan Drift ni masih lagi di minati ramai . Di Malaysia pula sukan ini di perkenalkan oleh Juara Drift Dorrito kita iaitu Tengku Djan Ley. Beliau telah banyak memenangi kejohanan di seluruh dunia termasuk Jepun.

Pertandingan Drift diadili dan diuji bedasarkan pada garisan, sudut, kelajuan dan factor persembahan. Faktor persembahan pula terdiri daripada beberapa elemen antaranya kuantiti asap yang dihasilkan oleh tayar, berapa dekat sesebuah kereta dengan dinding dan reaksi penonton. Kelajuan pula, semakin laju kereta ketika melakukan drift, semakin bagus.

Selain itu kereta yang digunakan bagi sukan drift adalah jentera yang menggunakan pacuan tayar belakang ,ringan, dan sedan serta berkuasa tinggi. Nasihat mirul, sukan ini memerlukan modal yang tinggi untuk tayar dan brake pad. Pada masa yang sama juga kereta yang digunakan juga boleh dilengkapi dengan system brek anti kekunci atau Antilock Breaking System (ABS) yang berfungsi mengelakkan keempat-empat tayar kereta terkunci sekiranya kereta di break pada jalan yang berbeza keadaan permukaannya (licin dan basah). ABS juga boleh digambarkan umpama menekan dan melepaskan pedal brek 10 kali dalam masa sesaat dimana ianya tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa.

Antara kereta yang sering digunakan bagi sukan ini di seluruh dunia adalah Nissan Silvia/180SX/200SX, Toyota AE86, Mazda RX-7, Mazda RX-8, Infiniti G35 Coupe, Nissan A31 Cefiro, Nissan C33 Laurel, Nissan Skyline, Nissan 350Z, Toyota Altezza, Toyota Chaser, Toyota Mark II, Toyota MZ20 Soarer, Honda S2000, Toyota Supra (MKIV), Ford Mustang and Mazda Miata/MX-5.


Ciri-utama utama kereta:
1. Pacuan Tayar Belakang
2. Tayar Spair
3. Break Pad
4. ABS
5. Ringan

6. Sedan

7. Berkuasa Tinggi


Disamping itu, bagi peminat yang
meminati sukan drift, terdapat teknik asas yang perlu diketahui sebelum menceburi sukan ini.

Teknik
asas:
1. Doughnut In Circle.
2. Handbrake
3. Kick.

Doughnut In Circle.
Ianya diasaskan oleh bentuk donat yg bulat. Semua drifter professional perlu bermula di sini. Kereta tersebut perlu menaikkan rpm (rotation per minute) dari o ke 4ooo rpm sementara stereng dipusing habis. Setelah kereta mula bergerak stereng kemudiannya perlu dipusingkan ke arah bertentangan dan kereta akan berada dalam keadaan gelungsur (being in a drift). Pergerakan ini akan berjalan dengan lancar sekiranya rpm dalam keadaan constant iaitu 3000 dan keatas dan pemandu hanya perlu mengawal koordinat kereta dengan putaran stereng dan rpm bukannya kelajuan kereta.

1.Pusing habis stering

2.Naikkan RPM (power over)

3.Lepaskan stering

4.Tambah putaran stering kearah berlawanan


Handbrake.
Handbreak dihubungkan dari tangan ke break lining iaitu tayar belakang menerusi kabel break. Ianya berfungsi sebagai catalyst (pemangkin). Cara ini dilakukan sekiranya kereta berada dalan keadaan bergerak. Menjadikan kereta mengelungsur.
langkah penggunaan Handbreak:
1. Drop gear supaya rpm meningkat
2. Pusing stering, tekan klach dan tarik handbrake (e-brake)
3.
Increase rpm, Control stereng ke arah bertentangan sekiranya perlu (LAKUKAN PADA MASA YANG SAMA) kereta dalam keadaan gelungsur (power over)
4. Back To normal

Amaran: 1. Tarik handbrake tanpa menekan klac akan menyebabkan sistem transmisi tersangkut.

2. Pastikan rpm berada pada 3000 dan keatas (bergantung pada kereta yang digunakan)


Kick.

Kick (tendang) adalah kaedah yang digunakan bagi meningkatkan rpm kereta dengan cara menekan dan melepaskan klac kereta tanpa menukar gear dalam masa yang singkat kemudian naikkan rpm. Ianya seolah-olah menendang. Cara ini hanya boleh dilakukan di bahagian selekoh. Dengan cara ini, rpm yang meningkat mendadak dengan pantas akan menyebabkan kereta mengelungsur (power over) . Pada masa yang sama, cara ini dilakukan pada kelajuan tertentu dan keadaan kereta itu sendiri. Dan yang terakhir, pemandu hanya perlu mengawal brek, stereng dan minyak.


Langkah Utama .(Asas)

1. e-brake.

2. Power Over


Teknik Professional (Untuk yang Professional Sahaja). :

1. Hand Brake Drift.

2. Power Oversteer atau Power Slide.

3. Shift Lock (Compression Slide)

4. Clutch Kick.

5. Breaking Drift.

6. Inertia (Feint) Drift.

7. Kansei, Lift Off dan Taking In.

8. Drit Drop

Elemen Talaan Kereta.:

1. Aliran Pemanduan.

2. Suspension

3. Kokpit.

4. Enjin.

5. Stering.

6. Badan.

7. Tayar.


Peringatan.

1. Pastikan kereta yang digunakan telah ditala ke MODE DRIFT. (Drift Tuning)

2. Tarik handbrake tanpa menekan klac akan menyebabkan sistem transmisi tersangkut.
3.
Pastikan rpm berada pada 3000 dan keatas (bergantung pada kereta yang digunakan).
4. Gunakan teknik yang berbeza sekiranya keadaan jalan basah.

5. Pastikan side yang diambil sebelum melakukan drift adalah tepat.


Kepada yang berminat mempelajari melalui video, Sila klik link di bawah ini :

TEKNIK ASAS SUKAN DRIFT.


Lagi Fakta Menarik Mengenai Sukan Drift :

FAKTA SUKAN DRIFT











 

The Skills Technologist

Laman The Skills Technologist ini dibangunkan bagi berkongsi maklumat mengenai segala teknologi dari kejuruteraan hinggalah ke teknologi pengurusan kewangan. Ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari sumber rujukan untuk pelbagai tugasan, pengurusan kewangan, teknologi kejuruteraan dan banyak lagi. Sebagai seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Penerbangan dan berkecimpung dalam bidang Kemahiran Malaysia Tahap 4, saya menulis da laman ini sekadar berkongsi idea. Semoga ianya dapat membantu. Harap Maklum. .