Labels: Kereta Konsep
Delto- Kereta konsep yang futuristik
Labels: Kereta Konsep
Kereta ini bernama Delto, adalah sebuah kereta tetapi tidak menyerupai kereta bergerak dari atas ke bawah dan melekat pada dinding bangunan. Pemandu akan berada di tengah-tengah berbentuk segitiga. Walaupun aneh, idea konsep ini amat berharga dan mungkin satu hari nanti menjadi relevan dan sesuai pada zaman tersebut.
Saturday, February 7
Konsep Audi Akimono LS2.0 - Rekabentuk yang unik
Labels: Kereta Konsep
Konsep rekaan berjenama Audi ini direkabentuk oleh Teodor Kyuchukov yang mengambil subjek daripada kimono atau pakaian tradisional masyarakat Jepun. Dengan rekabentuk yang unik ini juga didatangkan dengan teknologi yang canggih. Kecanggihan kereta ini dari segi konsep nya adalah kereta ini akan bercahaya keseluruhannya pada waktu malam. Oleh itu secara tidak langsung keselamatan pada waktu malam dapat ditingkatkan ketika memandu. Malah kecantikan sesebuah kereta akan terserlah pada waktu malam. Walau betapa cantik pun kereta, jika pada waktu malam, hanya lampu depan dan belakang sahaja yang kelihatan. Jika semua kereta dilengkapi dengan teknologi pencahayaan ini, keseluruhan lebuhraya atau jalan raya akan terang benderang.
Kereta Embrio mesra alam
Labels: Kereta Konsep
Kereta konsep mesra alam pada masa hadapan. Kereta berbentuk seperti ini mungkin menjadi trend pada masa depan dengan menggunakan hidrogen dan fuel cell untuk menghasilkan tenaga.
Sumber :Ecofriend
Kereta Konsep Lotus Design
Labels: Kereta Konsep
Kereta konsep daripada Lotus Design ini direkabentuk bukan untuk kegunaan sebenar tetapi hanya mainan belaka. Kereta ini direkabentuk berskala 1:5 dan dipertunjukkan di SEMA Autoshow, Las Vegas.
Oleh kerana ramai yang tidak mampu membeli disebabkan kemelesetan ekonomi, Lotus terpaksa mengeluarkan dalam skala kecil agar semua orang apatah lagi kanak-kanak pun mampu membelinya.
Oleh kerana ramai yang tidak mampu membeli disebabkan kemelesetan ekonomi, Lotus terpaksa mengeluarkan dalam skala kecil agar semua orang apatah lagi kanak-kanak pun mampu membelinya.
Sumber :Autocult
Kereta futuristik Insecta
Labels: Kereta Elektrik, Kereta Konsep
Kereta konsep futuristik yang diberi nama Insecta ini merupakan sebuah kereta konsep yang mengambil rekabentuk daripada belalang. Perekanya Shao Yung Yeh merupakan graduan dari salah sebuah universiti di Taiwan menganggap kereta ini boleh disamakan dengan serangga. Setiap rekabentuk kereta ini mengambil contoh daripada serangga. Kereta ini menggunakan kuasa bateri dan ianya mesra alam serta lebih ringan. Kereta elektrik atau menggunakan kuasa bateri mungkin menjadi pilihan utama pada masa akan datang.
Sumber :Tuvie
Kereta Konsep Rally Mitsubishi futuristik 2025
Labels: Automotif, Kereta Elektrik, Kereta Konsep
Ini adalah kereta konsep rally Mitsubishi yang mungkin digunakan pada tahun 2025. Apa yang menariknya adalah pada setiap tayar kereta ini dilengkapi dengan enjin yang akan menggerakkan kereta ini. Dengan menggunakan enjin berkuasa elektrik, kereta ini mampu digunakan untuk kereta lumba rally pada masa akan datang. Selain itu, kereta konsep ini tidak mempunyai cermin depan dan tingkap. Oleh itu pemandu hanya menggunakan skrin dalaman untuk melihat apa yang berlaku di luar kereta ini.
Sumber :Next Concept Car
Kereta Konsep Volkswagen 2028
Labels: Automotif, Kereta Konsep
Volkswagen One dengan satu tempat duduk sesuai digunakan untuk ke pejabat atau yang melibatkan aktiviti perseorangan.
Kereta-kereta konsep daripada Volkswagen ini bakal mengubah persepsi kita terhadap pengangkutan pada masa akan datang. Inovasi rekaan ini adalah penting bagi mengubah cara kita berfikir dan hidup. Dengan adanya inovasi daripada insan yang kreatif ini, dunia dapat bergerak dan berubah mengikut keperluan manusia. Seperti biasa kereta konsep ini semestinya menggunakan kuasa elektrik untuk menangani masalah pencemaran dan kos bahan bakar yang bakal meningkat.
Sumber :Auto Blog
Kereta futuristik untuk kegunaan di bandar
Labels: Automotif, Kereta Konsep
Bayangkan anda memandu kereta kecil dan kompak di dalam bandar masa depan. Kereta tersebut dilengkapi dengan teknologi moden dan canggih. Membawa anda menelusuri bandar metropolitan yang besar dan tersusun dengan lancar tanpa kesesakan lalu lintas.
Kereta yang anda bawa itu bukanlah kepunyaan anda tetapi dimiliki oleh sebuah syarikat pengangkutan awam. Kereta ini bagaikan sebuah troli di pasaraya besar. Untuk menggunakannya anda hanya perlu memasukkan sejumlah wang dan kereta ini serta merta menjadi milik anda untuk sementara waktu.
Setelah memandu dengan tenang dengan suasana bandar tanpa pencemaran ini, anda telah sampai ke destinasi yang dituju. Anda melihat sebuah stesen khas dan anda memberhentikan kereta di stesen tersebut dan membiarkan sahaja begitu.
Kereta terbang Audi Calamaro
Labels: Automotif, Kereta Konsep
Ini adalah kereta terbang konsep yang diberi nama Audi Calamaro. Konsep ini tidak seharusnya dipanggil sebagai kereta kerana bentuknya sama sekali tidak seperti kereta tetapi lebih kepada bentuk bot dan kapal terbang. Gabungan bentuk bot dan kapal terbang menghasilkan sebuah kereta konsep yang unik dan futuristik.
Sumber :Next Concept Cars
Tetapi jika diperhalusi lagi, rekabentuk ini hanya sekadar daripada segi luaran dan nilai estetika sahaja. Secara teknikalnya, rekabentuk ini tidak dapat menerangkan secara jelas bagaimana ianya berfungsi. Inovasi kereta terbang bakal mengubah kehidupan kita dan bagaimana kita bergerak pada masa akan datang tetapi apa yang kita ramalkan pada masa hadapan tidak selalunya betul.
Sumber :Next Concept Cars
Kereta praktikal masa hadapan
Labels: Automotif, Kereta Konsep
Kereta konsep yang diberi nama Drop ini adalah sebuah kereta konsep sesuai digunakan di bandar-bandar. Kereta yang direkabentuk oleh Rubem De Floriani dari Brazil adalah bersaiz kecil dan hanya memuatkan seorang sahaja.
Sumber :Michelin Challenge 2009
Kelebihan yang terdapat pada kereta ini adalah ianya mudah untuk diletakkan dan menggunakan ruang yang sedikit. Idea yang praktikal ini dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar. Walau bagaimanapun kereta ini tidak membawa apa-apa makna sekiranya terlalu banyak kereta seperti ini di bandar dan mewujudkan kesesakan lalu lintas.
Sumber :Michelin Challenge 2009
Rekabentuk Kereta Lumba 2025
Labels: Automotif, Kereta Konsep
Inilah akibatnya apabila perekabentuk merekabentuk sebuah kereta lumba menggunakan imaginasi tanpa sempadan dan peraturan.Hampir setiap rekabentuk adalah berbeza dan menjangkaui logik dan sains. Benarkah kereta lumba berbentuk sebegini pada tahun 2025. Mungkin rekabentuk ini sesuatu yang tidak akan wujud dan sekadar wujud pada imaginasi mereka. Mereka jika boleh mahu lari daripada dunia yang penuh dengan peraturan dan membiarkan kreativiti mengalir keluar sepenuhnya tanpa memikirkan samada logik atau tidak.
Rekabentuk kereta lumba ini adalah hasil daripada pertandingan rekabentuk LA Motorshow. Ciri-ciri lain yang mungkin ada pada kereta lumba ini adalah tidak perlu berhenti untuk mengisi semula minyak atau menukar tayar dan tidak perlu berhenti sehingga tamat perlumbaan.
Kereta konsep Hyrax Design
Labels: Automotif, Hasil Kerja, Kereta Konsep
Ini adalah kereta konsep yang telah saya reka guna 3dmax7. Rekabentuk tidaklah begitu baru tapi bolehla nak cuba reka pakai poly. Ini kali pertama saya cuba buat model kereta akhirnya berjaya.Saya buat model ni agak lama lebih kurang sebulan sebab buat sikit-sikit.Akhirnya jadila sebuah kereta yang tidak seberapa. Lepas ni nak buat yang lain pula. Mungkin lebih susah daripada ni sebagai cabaran bagi saya. Banyak yang perlu saya belajar untuk buat model seperti ini. Saya rujuk daripada tutorial yang ada dekat internet dan teknik poly yang paling sesuai bagi saya.
Nissan NUVU-Kereta Konsep Elektrik
Labels: Automotif, Kereta Elektrik, Kereta Konsep, Nissan
Kereta konsep daripada Nissan ini adalah kereta konsep yang menggunakan tenaga elektrik.Dengan menggunakan bateri ion Lithium, kereta ini dapat bergerak sehingga 75 mph atau 121 kmj dan bergerak sejauh 129 km. Dengan adanya kereta elektrik atau kereta solar, mungkin kereta berenjin petrol tidak lagi digunakan. Dengan minyak yang mahal, kereta elektrik atau solar menjadi pilihan. Tiada lagi pencemaran dan asap yang terhasil daripada enjin petrol yang telah menyumbangkan kepada peningkatan karbon monoksida di atmosfera bumi.
Sumber :Autobloggreen